Thursday 28 March 2013

Perlantikan PRS 2013

Assalamualaikum...

1. PENGENALAN

Pembimbing Rakan Sebaya adalah para pelajar yang terpilih dan diberi tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah terutamanya dalam hal membantu meringankan masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan mereka.  Pembimbing Rakan Sebaya juga adalah pelajar, mereka memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketrampilan, bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan , panduan dan pengiktirafan. Untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas, mereka memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka.
 Pembimbing Rakan Sebaya juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui senario seluruh pelajar itu sendiri. Percambahan fikiran dan minda adalah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka
Majlis  Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya diadakan   bertujuan memberi pengiktirafan kepada semua pelajar yang terpilih untuk menjadi Pembimbing Rakan Sebaya bagi tahun 2013. Selain itu juga majlis diadakan untuk memberi motivasi yang membina kepada murid - murid lain agar mencontohi  keperibadian pemimpin sekolah.

2. MATLAMAT


2.1. Memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih
2.2. Memperkenalkan kepada murid – murid  barisan Pembimbing Rakan Sebaya tahun 2013
2.3. Memberi contoh teladan kepada murid mengenai pelaksanaan majlis rasmi

3. OBJEKTIF

3.1    Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik.
3.2    Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi  rakan - rakan yang terpilih.

 4. TEMA

“KEPIMPINAN BERWIBAWA PEMANGKIN SEKOLAH CEMERLANG”

--> Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat difotokan :

Wassalam^^...

Program Maju Diri 2013

Assalamualaikum....

      Program Maju Diri (PMD) tahun ini akan dilaksanakan pada minggu ketiga persekolahan iaitu pada 14, 15, 16. 17 dan 18 Januari 2013. PMD dilaksanakan bagi murid-murid Tahap 2 iaitu tahun 4 ,5 dan 6  berdasarkan modul PMD dan modul perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling yang disediakan oleh Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Ia diadakan bertujuan memperkenalkan enam bidang yang terdapat dalam kandungan rancangan tahunan B & K serta mengembalikan 'mood' bersekolah, memahami dan mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah serta menyediakan diri mereka dengan suasana pembelajaran yang lebih teratur dan terancang.
Program Maju Diri bertujuan membentuk kesedaran diri dan semangat belajar yang berterusan di kalangan murid-murid dan sebagai salah satu usaha dan ikhtiar unit B & K membantu memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Kejayaan terhadap program yang dilaksanakan ini bergantung kepada inisiatif, kreativiti, dan kerjasama fasilitator yang terdiri daripada guru-guru. Semoga guru-guru dapat memberi kerjasama dan murid-murid pula dapat memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi sepanjang pelaksanaan program berkenaan.

 OBJEKTIF PROGRAM
1. Memupuk rasa tanggungjawab terhadap Tuhan, masyarakat sekolah dan diri murid.
2. Mewujudkan rasa kekeluargaan di antara murid dengan guru dan murid dengan murid.
3. Meningkatkan motivasi murid untuk menghadapi pembelajaran dan mensasarkan
kemajuan/kejayaan diri sendiri.
4. Mendedahkan murid kepada asas kemahiran belajar yang lebih  sistematik.
5. Membentuk nilai dan sikap positif di kalangan murid terhadap ilmu pengetahuan.

Berikut merupakan beberapa keping gambar sepanjang program ini berlansung :





Wassalam^^...

Monday 28 May 2012

Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya 2012

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh...
Perlantikan ini telah diadakan pada 9 Januari 2012.Murid-murid yang telah dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) adalah sebanyak 23 orang muridMurid-murid tersebut telah diuji dan diyakini bahawa mereka boleh memimpin murid-murid.Insyaallah...








.